January 15, 2012

Antara Emosi dan Bola Sepak....?

Salam 2012. Kali nie aku punya entry tak lain tak bukan ada sikit-sikit nak masuk atau nak borak pasal bola sepak, bukan menyeluruh, tetapi lebih kepada sedikit elemen yang ada pada setiap manusia iaitu EMOSI.

Tadi tengah-tengah syok duk berpesbuk dekat laman sesawang pesbuk, tengok dinding dia tue, tengok dinding dia nie, intai sini intai situ mana tau kot-kot ada lubang, boleh skodeng, duk tengah-tengah syok intai-mengintai, tiba-tiba aku terkesima, terkedu beserta tergumam bila terbaca post ini.

"Dia nie bodoh la! Nak buat lawak tak jadi, buat orang marah adalah! bla...bla...bla...", serta banyak lagi kata-kata yang biasa kita dengar bila berlakunya pergaduhan laki bini mahupun kastemer dengan kelaien. Marah betol bunyinya.


Jadi tanpa lengah, aku terus skroll kan aku punya tikus, intai lagi apa yang ada kat bawah dinding, punca pergaduhan....maka...

"Ah...! patut la". keluh ku sendirian.

Bila tengok, rupa-rupa nya si Pemilik dinding tue dah post gambar salah satu kelab bola sepak terkemuka dari England dalam keadaan agak rendah sedikit martabatnya. Jadi aku cuba membaca komen-komen gambar tersebut untuk mengetahui adakah ini adalah punca cacian serta makian tersebut.

"Ah....! betol la", keluh ku kesal.

Rupanya si Pengepost tue marah sebab si Pemilik dinding tue dah post gambar yang menghina, mengutuk, mencaci, memijak, menyumpah gambar kelab bola sepak peberat si Pengepost.

Aku berasa sedikit sedih, kenapa sampai begini si Pengepost emosional, sampai sanggup bergaduh hanya di sebabkan gurauan dengan kelab peberetnya? Sampai mencaci serta memaki hamun kaw-kaw si Pemilik dinding? tiba-tiba satu soalan datang, agak-agak kalau agama si Pengepost di hina sebegini rupa, adakah si Pengepost akan melalak, mencaci serta memaki hamun pihak yang menghina agamanya? Rasanya tidak, entah-entah kalau keluar paper pun pasal hinaan agama nie, rasa-rasa si Pengepost mungkin hanya baca tajuknya, kalau di baca isi nya pun, mungkin hanya DUA atau TIGA baris.

"Ah.....!", keluh ku lagi.

Sedikit perasaan kecewa, bukan kecewa apa, kecewa kenapa hendak begaduh hanya disebabkan kelab bola sepak? Korang gaduh pun bukannya kelab tue nak amek korang main. Atau mungkin kah....?


No comments:

Post a Comment

 
;