December 27, 2010 0 cakap-cakap

Pelajar Baru

Mengeluh, haha3,,, nie last post aku kat rumah, dan juga sebelum bergelar budak degree,, esok pagi family aku bertolak ke UiTM Shah Alam nk daftar, sumpah aku rasa mcm malas gile nk sambung study, kalau boleh aku nk jer dapat satu kedai runcit, habis kan hayat aku ngn barang2 kat dalam tue. Nak romen pun, romen jer ngn megi2, air kotak, senang cite.

Aku dpt kat Puncak Perdana, coz Industry Creative Management (CT226), bunyi macam x bez je, sebab bila tgk course outline, ada mcm perkataan teater2,, WTF! jgn ckp kena berjoget atas stage nanti.

Tue satu problem aku, dan lagi satu, nanti dapat ke aku kawan-kawan macam aku Pre-Law dulu?? Roomate aku nanti sama tak dengan roomate aku time Pre-Law ari tue. Ada ke klon Bulan, Caex, Ace, Achenk, Bobo, Yen, Aim, Mizi, Qayum, Audy, Feeqa, Fera, Nelly, Ili, Azmy, argh! ramai sangat nk sebut sorang2. Aku dengki ngn kawan-kawan aku yang lain, depa dapat tempat kat Shah Alam ( main campus) dah la satu kos, sumpah dapat lepak ari2, aish,, lek2, sap kok lu.. haha3..

Apa pun, aku arap kawan2 bilik aku, kawan2 lepak skali dan kawan2 sekelas satu kepala la nanti, bak kata Najib, 'Satu Malaysia Satu Kepala.' ha,, aku btol2 arap mcm tue, apa2 pown, tgk la nanti macam mana. PEACE! TQ!

Kolej Puncak Perdana, nampak macam bez, ntah macam mana la nanti.

p/s: Tiba-tiba aku rasa macam kejap je cuti nie.
December 24, 2010 0 cakap-cakap

Ke-Dah-An

Salam.

Blog aku kali nie malas nak tulis pasal degree, result, Shah Alam, atau semua benda-benda tue, sebab aku xrasa macam nk cerita kat sape-sape pun pasal benda tue. Tak pun lain kali baru aku tulis.

Blog aku kali nie cuma nak cerita pasal seminggu aku kat Kedah, lepak-lepak dengan member yang duk kat sana, sumpah syok aku cakap, seminggu aku duk sana baru rasa macam sehari, duk gelak-gelak, sembang-sembang, makan skali, macam2 lagi la.Rumah sewa diorang pun boleh blah gk, xla sempit, sesuai la ngn 6 orang 1 rumah, tak da la macam tin sardin sorang-sorang.

Jadual di Kedah.

Ahad
-Sampai Kedah dan rumah sewa.
-sembang, main PES2011, Kalah.
-Makan Kedai Keropok, main PES2011, kalah lagi.

Isnin
-Bangun pagi, PES2011, masih kalah
-Keluar dengan seseorang
-Balik rumah,
-Makan kedai keropok, main PES2011, Kalah

Selasa
-Bangun pagi
-xbuat apa, Ace datang, Bobo merajuk.
-Main PES2011, kalah..
-Makan Kedai keropok, sembang sampai pagi,
-Tido

Rabu
-Bangun tengah hari, sembang-sembang.
-Mandi-manda di Tupah, Makan kat Tg.Dawai
-Balik, Ace balik malam tue, semua tido awal, penat

Khamis
-Bangun awal. Main PES2011, MENANG!
-Salam2 ngn kawan, seseorang datang ambik.
-P Bank Islam jap, makan kat CS.
-Jumpa Achenk kat station bus.
-Naik bus, balik.

Nie la antara jadual/akitiviti yang aku buat sepanjang duk kat Kedah seminggu. Xpuas lak rasa, duk ngan korang sumpah best. Syawal dengan laptop nya, Yen dengan terkantoi nya, Bulan dengan PES nya, Bobo dengan merajuk nya, Achenk dengan retard nya, Ace dengan datang dari jauh nya, Tempe dengan kalah PES nya dan ABAH dengan kasut tiruan nya. Syok jgk. Nanti ada masa aku pergi jumpa korang lagi. PEACE! TQ!






Yen plak yang xda, dia bagi gambar yang xda gambar dia.

 

p/s: mula-mula aku suka iklan UNIFI (laju dowh!), tp tiba-tiba jadi benci bila Bulan ngn Ace cakap Sam (yg ckp laju dowh) tue sama macam aku.
December 20, 2010 0 cakap-cakap

Kacak-nya Gigi Manusia

Pernah tak korang terfikir bertapa unik nya gigi orang manusia? ha.. meh cnie aku nk cerita cket, korang sebagai manusia-manusia, patut berbangga bila dengar cerita nie. Sebenar nya takda apa pown.. aku dapat idea nak tulis cerita nie pada suatu malam yang sejuk2 kuku menyebabkan aku tak bleh tido. 


So apa lagi, kepala otak aku mula memikir kan apa yang hendak tulis dalam blog, then teringat kat benda nie, bukti tentang  kekuatan gigi manusia kat muka bumi nie. Kat bawah nie aku bagi list, list yang membuktikan kekuatan serta kekacak-kan gigi manusia.


1. ubi KAYU
2. jambu BATU
3. pucuk PAKU
4. gulai KAWAH
5. ikan PARANG


Korang mesti pernah makan kan benda-benda yang ada dalam list kat atas, jadi mulai sekarang korang dah boleh mula berbangga dengan gigi yang korang ada tue. PEACE! TQ!


SENYUM!




p/s : aku suka tgk iklan yang budak tue xley tido sbb kena byr PTPTN.
 
;