March 28, 2011 1 cakap-cakap

Koc Wanita

Ha! Koc wanita, aku benci koc nie, biasa la, sebagai lelaki, mesti timbul ketidak puas-an ati bila semua perempuan duduk dalam satu koc, xda harapan la nak amek kesempatan. haha3.... Aku sebenar nya kagum bila kerajaan buat benda nie, sekurang-kurang nya semua perempuan merasa selamat bila berada dalam satu tempat yang mana semua se-spesis, tapi ini menimbulkan ketidakpuasan ati terhadap aku. haha3,,,,

Ok, sebenar nya, nak cerita pasal koc wanita nie, aku, yang sememangya bengap nak naik KTM, mula menjejak kaki berseorang ke atas KTM nie, akibat kekalutan yang timbul hasil daripada kekacaun dan bilauan dari sedara aku sendiri, aku terus melonpat masuk ke dalam KTM

Masuk jer, aku rasa lega, ok, sekurang-sekurangnya aku tidak terlepas KTM dari Kajang-KL Sentral, tapi,,,, kusangka panas berpanjangan, rupanya gerimis, rupanya gerimis mengundang.

Aku terasa, semua mata merenung tajam seolah-olah kucing jantan yang tak dapat menahan nafsu serakahnya lagi, aku terpinga-pinga, cuba menjaga maruah ku dari di cabul, bila aku teliti keadaan sekiling, aku memahami situasi aku sebenar, rupanya, aku di kalangan perempuan yang dahagakan kudrat lelaki, dan aku yg lemah mungkin menjadi mangsa, BAB*!! Aku dalam Koc Wanita! terus aku tutup kepala dengan sweater yang di beli dengan harga RM170 tue, dan terus berlari-lari anak mencari jalan yang lurus, jalan yang benar, dan akhir nya, aku nampak sinar, aku berjaya juga duduk dalam Koc yang betol, Dan aku benci Koc Wanita. PEACE! TQ!

Nie bukan gambar aku, apa pun, aku paham perasaan lelaki tue.

March 23, 2011 0 cakap-cakap

Bulan 3 = Bulan March = Bulan Mac = Bulan Tiga = Tiga Bulan?

Tup tap tup tap, dah masuk bulan 3 dah. dah nak abez dah pown bulan 3, tapi aku masih lagi dalam lingkungan umur belasan tahun, Tak ternampak sedikit pown garis kedut serta liang2 yang bersimpang siur di wajahku. Yang ada hanyalah permukaan kulit yang licin serta putih yang mampu menarik beribu perempuan tak kira dara atau bukan dara menerpa ke arahku.

Dah mengarut, aku dah lama tak tulis blog, sejak2 loji Nuklear meletup di Jepun, menimbulkan kesedaran kepadaku tentang pentingnya aktiviti menulis blog, sejak Libya di serang oleh Amerika dan kutu-kutu nya, menyebabkan aku terjaga dari mimpi yang bahawa bermacam tragedi-tragedi yang terjadi dalam tahun nie. Ini lah sebab kenapa penulisan blog patut di titikberatkan sejak sekolah rendah lagi, 

Dah! Berhenti mengarut..... okey cukup! tue jer entry kali nie, aku tak taw kenapa kepala aku duk bengong dua tiga ari nie, mungkin juga kesan akibat radiasi dari letupan nuklear di Jepun, atau mungkin juga terkena tempias2 bahan letupan di Libya... 

Cukup la mengarut,, ok2.. aku sebenar nya sedih sebab atas kebodohan diri sendiri, menyebabkan Pn.SAMSUNG Galaxy 5 aku tak dapat di terokai, aku tak dapat bermanja dengan beliau kerana beliau kini tenat di bilik bersalin, Doakan beliau selamat. SALAM. PEACE~
February 5, 2011 2 cakap-cakap

14 Jam

Salam,, haha3,,, 14 jam, dah sama maksud dia ngn lebih setengah hari kan? Tue la detik-detik aku time naik bus. Nie 1st time aku duk atas bus sampai 14 jam, bapak kau lama, dari pukul 8 PAGI, sampai la pukul 11.00 MALAM, duduk jer kat atas bus, memang xley duk wt pa da, pusing kiri, pusing kanan, tengok depan, nak tengok belakang xbleh. ada kerusi, Aku pusing sebelah kiri, tengok si Qayum, tak duk diam, pusing sini, pusing situ, bajet macam tengah tido atas katil kat rumah ja, pada hal atas bus ja pun, aku tengok la bro kat sebelah kanan aku, Ear-phone x lekang kat telinga tue, xtaw la duk dengar lagu ker duk wat pa, selalu ja duk kontek member-member, boleh plak dia p suh member dia mari ambek dia sambil maki-maki member dia.

Bro : Wei, kau tolong amek aku jap ag boleh?
Member Bro : (aku xtaw apa yang dia cakap sebab aku xdengar)
Bro : Kepala ACI kau, mari jer la amek aku jap, bukan payah pown.

Haha3,,,kecian member dia, tengah duk berangan, tiba-tiba dengar lak  suara driver bus, "Oloh! Yak sudoh! Parok nyooo la", aku pun apa lagi, terus tengok kat depan, tengok-tengok... Taa daaaa~


Dah macam pesta lampu plak, dengan lampu merah berkelip-kelip, bunyi-bunyian hon yang agak tak bez.. Nie la antara punca naper aku terperangkap atas bus sampai 14 Jam. Highway yang 3 lorong pown boleh jam, sampai otak aku jam, Tak sempat nak berpikir,


p/s : keram abez pinggang aku, 14 Jam atas bus, aku dah rasa aku layak amek lesen bus.
February 3, 2011 2 cakap-cakap

1, 2, 3, 4

Salam dan selamat pagi semua, pukul 12 kira pagi lagi tak? Apa 1, 2, 3, 4? Nie tajuk lagu yang aku baru jumpa tadi. Bangun ja pagi tadi, tiba-tiba kepala nie terus terlintas bait-bait lagu, aku try ingat lagu apa, bila pikir pikir balik, aku teringat satu jer, kasih dan kekasih. Apa lagi, terus on Aspire 4551 aku nie, then search kasih dan kekasih kat YouTube. Bila jumpa, tajuk sebenar dia 1, 2, 3, 4. Senang ja tajuk dia, haa... jangan di sangka air yang tenang xdak Crocs!, Tajuk jer bunyik senang, tp lagu nie ada maksud yang agak mendalam, sedalam hati penulis blog nie. haha3...

Bila aku dengar lagu nie pown, aku terigat waktu aku kecik dulu, dan aku juga terpikir masa depan aku nanti, Aku x reti nk explain pasal lagu nie, tapi korang boleh dengar dengan sendiri lagu nie..

Arap korang paham maksud lagu nie, and kalau dah paham tue, pikir-pikir dan renung-renungkan lah, Sampai sini la dulu, nanti aku cerita lak. PEACE! TQ!



p/s : malam nie dah kena pergi puncak alam, sumpah malas.
0 cakap-cakap

Berkarat

Salam Pembukaan,  ha, dah lama x berblog, kali nie xmao tulis pasal apa pun, juz bukak blog dan tulis entry pembukaan untuk tahun 2011. Agak berdebu, berkulat, berkarat serta tersadai umpama spender yang di buang kedalam kolam, apa pun, Selamat Tahun 2011, tahun baru, buku baru, mood baru, mulakan hidup baru dan mengharapkan sesuatu yang lebih baik pada tahun ini, bukan untukl aku saje, untuk kawan-kawan serta sapa baca entry nie, Salam, PEACE! TQ!
 
;